Monday 24 January 2011

TERTAWALAH apabila dihina

DALAM HIDUP PASTI ADA KETIKANYA KITA AKAN BERASA SEPERTI TIDAK DIHARGAI. BUKAN SAHAJA TIDAK DIHARGAI, MALAH SEPERTI DIHINA. BEGITU JUGA DALAM HIDUP, PASTI ADA KETIKANYA KITA AKAN DIPUJI MELANGIT, SAMA ADA PUJIAN ITU JUJUR LAGI IKHLAS, TIDAKLAH KITA KETAHUI DENGAN LEBIH JELAS.YANG PASTINYA SESEORANG MEMUJI KITA TANPA KITA KETAHUI SEBABNYA. 

Dua situasi ini, dihina dan dipuji, bagaimana rasanya? Sudah tentu rasanya jauh berbeza. Mahukah anda tahu cara supaya apabila anda dihina, anda tidak akan akan berasa terlalu sakit, manakala tatkala anda dipuji, tidak pula hingga terlupa diri. Caranya, anggaplah semua penghinaan sebagai pujian dan pujian pula sekadar kata-kata tanpa tujuan. 

Bagaimana boleh kita anggap penghinaan sebagai pujian?
    
      Percaya atau tidak kalau kita katakan, orang yang menghina sebenarnya didorong oleh rasa cemburu. Dia mungkin cemburu melihat kecantikan, kebaikan, dan kepintaran kita. Jadi, dia sengaja menghina dengan melemparkan kata-kata yang tidak benar tentang kita. Dia mungkin berkata, "Eleh, cantik manalah, muka macam lotong," bukankah orang dapat membuat perbandingan antara lotong dengan manusia. Kata-kata melampau serupa itu adalah satu perbandingan yang jauh, ia adalah sebaliknya. Maka yang sebaliknya itulah yang benar, iaitu anda cantik bukan macam lotong. 

      Katalah orang berkata begini pula terhadap kita, "Dia nak tunjuk baik. Konon dialah yang banyak duit boleh buat kenduri selalu." Sebenarnya memang dia telah mengatakan kebaikan anda bila dia sendiri tidak dapat melakukannya selalu. Buruk yang diperkatakan sebenarnya adalah baik di sebaliknya yang di sebaliknya itulah yang diterima orang. "Pandai apa, SPM pun tak pass, tiba-tiba jadi datin pulak." Dia ingin memberitahu bahawa datin tidak perlu kepandaian untuk mendapatkannya. Dia tidak mendapatkannya meskipun pandai, sedang anda bodoh tapi dapat pula, ia adalah pemberitahuan bahawa pandai tidak semestinya syarat untuk menjadi datin. 

      Nampaklah anda bagaimana kita boleh ubah semua kata-kata negatif orang terhadap kita kepada sesuatu yang seronok untuk dijadikan bahan ketawa. Lebih-lebih lagi anda telah ada segala-galanya, tetapi orang masih berbunyi tidak berhenti-henti, sebenarnya itu adalah pengiktirafan bahawa anda memang telah sampai ke tahap di mana orang lain sukar menandingi dan menggugatnya lagi. Untuk kekal bahagia bukanlah susah sangat jika kita tahu caranya. Apa yang penting usah terlalu ambil pusing. Usah terlalu mengulang kata-kata orang dalam kepala anda, kelak ia jadi sakit. Sebaliknya sebut-sebutkanlah apa yang anda ingin lakukan lagi dan fikir-fikirkanlah apa yang ingin anda usahakan esok hari. 

      Kelak anda akan dapati, semakin ramai orang memperkatakan hal-hal tidak enak terhadap anda, semakin banyak pula penghasilan-penghasilan anda. Jika anda lawan, anda hanya akan membuang masa, penghasilan akan terhenti, hujungnya anda akan 'mati'. Anda hanya akan penat berlawan dan tidak dapat menghasilkan apa-apa, yang jelas dosa kian bertambah. 

Bukan kalah
 
    Dari Abu Hurairah R..A katanya, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya..." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).Tidak melawan tidak bermakna anda kalah dan semua yang diperkatakan orang adalah benar. Bagi orang yang bijak serta tahu menilai, mereka akan tetap mengagumi anda, menghargai dan mendoakan kesejahteraan anda. Hakikat di dunia ini, lebih ramai orang menyukai kita daripada membenci kita. Orang yang membenci adalah sekitar sepuluh peratus. Mengapa oleh sepuluh peratus ini kita hendak berhenti memajukan diri mendaki puncak kejayaan yang telah kita usahakan sekian lama?

       Sama ada anda benar-benar bersalah atau tidak, hanya keadilan Allah S.W.T yang menentukan. Sabarlah menanti pengadilan itu. Anda di pihak yang benar, anda pasti terbela jua. Dan tiada pembelaan yang bermakna kecuali pembelaan daripada-Nya jua.  
  





1 comment:

  1. noli...sediakan chatbox....nti ley tau spe blog walking cni..

    ReplyDelete