Wednesday 2 March 2011

Erti Kebahagiaan..

     




Sekian lama aku memikirkan slot kebahagiaan yang ingin aku perkatakan..kalau dulu aku merasakan bahagia itu perlu dicari tetapi setelah ku lalui semuanya jelas sekali..bahagia itu sentiasa ada di mana2..bahagia itu boleh dicipta..dan setiap org akan bahagia mengikut cara yg tersendiri..
Misalnya seorang sahabatku ini..sering melihat dia menangis dan terseksa kerana insan tersayang..entah knp aku dapat rasakan bahawa kebahagiaannya ada di sebalik air mata itu..mungkin btol ada yang sanggup memilih derita hanya dapat bersama dgn yg tersayang..persoalan yang sukar dijawab..kadang2 waras akal aku berkata..mestikah cinta itu membawa derita, mestikah aku turut merasainya?? sanggupkah aku dikhianati? sanggupkah aku diduakan?? sanggupkah aku melukakan hati org yang tersayang hanya utk bersama cinta..sukar dan amat sukar kujawab..
Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya mereka yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.
Mengapakah mereka, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan mereka mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya manusia sebegini. Lupakah mereka pada karma..setiap yg wujud ada balasannya..Cuma kuharap manusia yang hanya tahu mencipta kecurangan sedar akan permata yang berkilauan di sebalik matanya..Jangan tersalah memilih kaca kerna kamu juga akan rasa sakitnya nanti..
Bagi aku, aku sedar akan kebahagiaan yg cuba kukejar hanyalah mainan mimpi semata2..terima kasih kpd insan2 yg tidak jemu2 membahagiakanku, aku mula membuka mataku..membuka mata hatiku.. tanpa disedari..Aku mula bisa menghadapi dunia setelah tersungkur kerana mainan mimpi..Sesungguhnya kalian adalah insan yang membuka mataku ttg kebenaran dan kepalsuan cinta yang cuba kukejar..Kalau lah aku dapat memutar kembali masa, aku xakan biarkan cinta melukai hatiku sedalam ini..Aku harus pandang kehadapan dan aku harap kan mereka yang menyayangiku sentiasa bahagia dgn cara mereka sendiri..Kebahagiaan terletak di tangan kita sendiri...Kita yang bisa mencipta dan memilihnya..

~Antara Cinta dan Persahabatan~

Akan ku pilih persahabatan kerana cinta akan pudar oleh masa, tetapi persahabatan yg sejati kekal selamanya..persahabatan membuat aku bahagia tp cinta hanya memberi seribu kedukaan yg sukar d tafsirkan.. secebis KASIH membuatkan kita SAYANG, seucap JANJI membuatkan kita PERCAYA, sekecil LUKA membuatkan kita KECEWA tp seteguh PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA.