Tuesday 8 February 2011

Mata kuliah Komsas...

Assalamualaikum...
Aku ingin berkongsi sedikit rasa selepas balik dari kelas Komsas hari ini. Kelas itu sangat memboringkan bg aku. Tapi hari ni sedikit happy sbb aku mndpt satu ilmu yg sgt brguna utk aku. Nk thu????. Ari ni aku dah thu cara utk mencipta sajak secara spontan. Dan aku juga telah berjaya mencipta satu sajak yang xberapa bagus tp boleh dibanggakan. Pertama kali aku mncipta sajak... sgt2 hppy...

Nk thu mcmn????Dr Siti arahkan kami cipta sajak dengan meletakkan perkataan PELITA BAHASA  dan nama kami sendiri di awal setiap baris (NOLI AZMA).. Nk baca hasil sajak aku x...

                     P- Pertemuan semalam
                     E- Engkau menjelma
                     L- Lalu aku menoleh ke arahmu
                     I- Illusi semalam
                    T- Tak akan datang lagi
                    A- Aku pasrah..

                    B- Bukan aku tak sudi
                    A- Aku hanya menanti pasti
                    H- Hanya Illahi pembuka hati
                    A- Aku sujud padamu tuhan
                    S- Selamanya datang tanpa diundang
                    A- Aku redha...

Ini pula brdsrkan nama aku...

                   N- Nun disana
                   O- Ombak memukul pantai
                   L- Lautan membiru resah
                   I- Ingat pada kisah silam               

                  A- Antara pasang surut
                  Z- Zikrullah di alam fana
                  M- Menanti hari penentu
                  A- Agar hidup mendapat keberkatan


       p/s: xtntu hala sajak aku ni...



                  

Monday 7 February 2011

Ibu Jantungku...

Ibu...
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih :-(
Gembira :-)
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu...
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu...
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhlasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini...

Ibu...