Monday 24 January 2011

TERTAWALAH apabila dihina

DALAM HIDUP PASTI ADA KETIKANYA KITA AKAN BERASA SEPERTI TIDAK DIHARGAI. BUKAN SAHAJA TIDAK DIHARGAI, MALAH SEPERTI DIHINA. BEGITU JUGA DALAM HIDUP, PASTI ADA KETIKANYA KITA AKAN DIPUJI MELANGIT, SAMA ADA PUJIAN ITU JUJUR LAGI IKHLAS, TIDAKLAH KITA KETAHUI DENGAN LEBIH JELAS.YANG PASTINYA SESEORANG MEMUJI KITA TANPA KITA KETAHUI SEBABNYA. 

Dua situasi ini, dihina dan dipuji, bagaimana rasanya? Sudah tentu rasanya jauh berbeza. Mahukah anda tahu cara supaya apabila anda dihina, anda tidak akan akan berasa terlalu sakit, manakala tatkala anda dipuji, tidak pula hingga terlupa diri. Caranya, anggaplah semua penghinaan sebagai pujian dan pujian pula sekadar kata-kata tanpa tujuan. 

Bagaimana boleh kita anggap penghinaan sebagai pujian?
    
      Percaya atau tidak kalau kita katakan, orang yang menghina sebenarnya didorong oleh rasa cemburu. Dia mungkin cemburu melihat kecantikan, kebaikan, dan kepintaran kita. Jadi, dia sengaja menghina dengan melemparkan kata-kata yang tidak benar tentang kita. Dia mungkin berkata, "Eleh, cantik manalah, muka macam lotong," bukankah orang dapat membuat perbandingan antara lotong dengan manusia. Kata-kata melampau serupa itu adalah satu perbandingan yang jauh, ia adalah sebaliknya. Maka yang sebaliknya itulah yang benar, iaitu anda cantik bukan macam lotong. 

      Katalah orang berkata begini pula terhadap kita, "Dia nak tunjuk baik. Konon dialah yang banyak duit boleh buat kenduri selalu." Sebenarnya memang dia telah mengatakan kebaikan anda bila dia sendiri tidak dapat melakukannya selalu. Buruk yang diperkatakan sebenarnya adalah baik di sebaliknya yang di sebaliknya itulah yang diterima orang. "Pandai apa, SPM pun tak pass, tiba-tiba jadi datin pulak." Dia ingin memberitahu bahawa datin tidak perlu kepandaian untuk mendapatkannya. Dia tidak mendapatkannya meskipun pandai, sedang anda bodoh tapi dapat pula, ia adalah pemberitahuan bahawa pandai tidak semestinya syarat untuk menjadi datin. 

      Nampaklah anda bagaimana kita boleh ubah semua kata-kata negatif orang terhadap kita kepada sesuatu yang seronok untuk dijadikan bahan ketawa. Lebih-lebih lagi anda telah ada segala-galanya, tetapi orang masih berbunyi tidak berhenti-henti, sebenarnya itu adalah pengiktirafan bahawa anda memang telah sampai ke tahap di mana orang lain sukar menandingi dan menggugatnya lagi. Untuk kekal bahagia bukanlah susah sangat jika kita tahu caranya. Apa yang penting usah terlalu ambil pusing. Usah terlalu mengulang kata-kata orang dalam kepala anda, kelak ia jadi sakit. Sebaliknya sebut-sebutkanlah apa yang anda ingin lakukan lagi dan fikir-fikirkanlah apa yang ingin anda usahakan esok hari. 

      Kelak anda akan dapati, semakin ramai orang memperkatakan hal-hal tidak enak terhadap anda, semakin banyak pula penghasilan-penghasilan anda. Jika anda lawan, anda hanya akan membuang masa, penghasilan akan terhenti, hujungnya anda akan 'mati'. Anda hanya akan penat berlawan dan tidak dapat menghasilkan apa-apa, yang jelas dosa kian bertambah. 

Bukan kalah
 
    Dari Abu Hurairah R..A katanya, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya..." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).Tidak melawan tidak bermakna anda kalah dan semua yang diperkatakan orang adalah benar. Bagi orang yang bijak serta tahu menilai, mereka akan tetap mengagumi anda, menghargai dan mendoakan kesejahteraan anda. Hakikat di dunia ini, lebih ramai orang menyukai kita daripada membenci kita. Orang yang membenci adalah sekitar sepuluh peratus. Mengapa oleh sepuluh peratus ini kita hendak berhenti memajukan diri mendaki puncak kejayaan yang telah kita usahakan sekian lama?

       Sama ada anda benar-benar bersalah atau tidak, hanya keadilan Allah S.W.T yang menentukan. Sabarlah menanti pengadilan itu. Anda di pihak yang benar, anda pasti terbela jua. Dan tiada pembelaan yang bermakna kecuali pembelaan daripada-Nya jua.  
  





Sunday 23 January 2011

PERGI - AIZAT

BILA JIWA KACAU

Assalamualaikum Warohmatullahiwabarokatuh....
 
HIDUP INI PENUH SUKA DAN DUKA, PENUH DENGAN WATAK YANG MEWARNAI LALUAN PERJALANANNYA. KITA PASTI SELALU MENGHARAP AGAR PERJALANAN YANG KITA LALUI SENTIASA CERIA TANPA DUKA TANPA MENYEDARI JIKA ITU YANG BERLAKU, KITA SEBENARNYA BAKAL MENJADI MANUSIA YANG TIDAK PUNYA PENGALAMAN DAN PENUH DENGAN KEBOSANAN...

     Kita sering berharap supaya kita bahagia, namun kita lupa kekecewaan dan kebahagiaan itu bukan terletak di luar diri. Namun, ia datang bersumberkan dari dalam diri kita sendiri. Kitalah yang sebenarnya memilih keadaan diri sama ada duduk dalam erti kebahagiaan sebenar ataupun sebaliknya. Hal ini jarang sekali kita peduli kerana bagi kita kebahagiaan itu sebenarnya datang daripada keadaan luaran dan keadaan luaran itulah penentu utama kepada kebahagiaan. Jika kita seorang yang bahagia secara dalaman maka kita tidak akan peduli bagaimanakah keadaan luaran kita, biarpun buruk ataupun tidak. 
          
        Kita melihat segala sesuatu dengan persepsi positif. Kita tidak merasakan sesuatu masalah itu sebagai bebanan tetapi melihatnya sebagai satu maklum balas yang kita terima yang memerlukan pembetulan atau mencorakkan semula. Mereka yang bahagia secara dalaman sentiasa mempunyai tidur yang lena, sentiasa segar dan mempunyai semangat yang tinggi untuk hidup. Mereka pasti akan hidup dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang ini bukan sahaja untuk sesama manusia, tetapi juga untuk makhluk keseluruhannya. Itulah faktor yang ada pada generasi datuk dan nenek kita. Biarpun kelihatan kurang berharta, tetapi mereka cukup bahagia. Keadaan ini jelas kelihatan daripada tutur kata dalam perbualan dan perlakuan mereka sesama makhluk. Justeru mereka gemar untuk memelihara binatang dan mereka hidup penuh dengan kesopanan, kelembutan dan kasih sayang. 

          Hari ini ramai antara kita yang tidak bahagia secara dalaman. Mereka hidup dengan penuh kebencian dan paling memualkan adalah persepsi negatif yang mereka ada dalam melihat kehidupan. Mereka sentiasa mempunyai sangka buruk dan memikirkan kejadian yang buruk lebih daripada melihat kebaikan sesuatu peristiwa. Mereka ini cukup meletihkan kerana mereka sentiasa mahu bahagia tetapi tidak pernah faham apa itu kebahagiaan. Mereka berpendapat kebahagiaan itu perlu datang dari luar. Orang bijak pernah berkata, "jika kamu tidak menjumpai kebahagiaan dalam diri kamu, janganlah kamu mencarinya di luar kerana pasti tidak akan bertemu."

Hilang kebahagiaan
       Bagi orang sebegini, kita boleh mengkategorikannya sebagai individu yang berada dalam jiwa yang kacau. Jiwa kacau ini menyebabkan mereka suka membuat tanggapan tanpa diminta dan lebih buruk lagi, tanggapan itu hampir semuanya negatif. Mereka akan lebih melihat keburukan dan hampir tiada kebaikan. Merekalah penyebab hilangnya kebahagiaan. Kebahagiaan datang dari dalam diri sendiri dan jika diri mereka penuh dengan kebencian dan negativisme, maka secara hukum alam mana mungkin mereka akan bahagia.

         Mereka sering berkata jika sesuatu keadaan berlaku barulah mereka akan bahagia atau jika mereka pergi ke satu-satu tempat, barulah mereka akan bahagia. Sebenarnya ke mana sahaja mereka pergi, biar apa keadaan sekalipun mereka tidak akan bahagia dan mereka akan melihat keadaan yang mereka katakan itu kelak sebagai keadaan negatif. Ada satu perkara yang mungkin perlu untuk kita lihat dengan penuh perhatian, iaitu sangka buruk mereka itu dapat membuatkan suasana harmoni menjadi negatif. Mereka lupa bahawa sangka buruk mereka itu adalah satu doa yang mungkin boleh terjadi satu hari nanti.

        Bukankah lebih baik jika mereka melihat sesuatu itu secara positif kerana sangka baik itu juga merupakan satu doa. Jika buruk sangkaannya, maka dia akan selalu memikirkan yang buruk dan akhirnya mereka melepaskan emosi mereka kepada mereka yang positif. Mereka mungkin tidak tahu atau tidak perasan yang perbuatan mereka itu menyebabkan kebahagiaan yang dibina bakal luntur akibat energi negatif yang disalurkan. Mereka menyebabkan tekanan luar biasa bukan sahaja kepada diri mereka malahan kepada orang yang berada di sekeliling mereka. 
Sangka buruk
       Akhirnya mereka akan kehilangan teman dan taulan dan itu akan membuatkan mereka LEBIH NEGATIF. Mereka mula mendendami keadaan itu, namun tidak pula mengakuinya melainkan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain. Jiwa kacau ialah satu penyakit yang perlu diubati dan untuk mengubatinya secara efektif, mereka yang mengalaminya perlu secara sukarela untuk berubah. Langkah pertama, mereka perlu membersihkan diri daripada segala sangka buruk. 

          Mereka perlu tahu sangka buruk itu dilarang baginda S.A.W. Keduanya, mereka perlu membuang segala peristiwa negatif yang tersemat dalam memori mereka. Seterusnya mereka perlu bergaul dengan mereka yang positif untuk jangka masa sekurang-kurangnya enam bulan. Mereka boleh menyertai persatuan atau melakukan kebajikan secara berterusan. Ingatlah jiwa yang kacau bukan sahaja membunuh jiwa mereka, tetapi bakal menyebabkan mereka kehilangan orang yang mereka cintai dan sayangi. Hiduplah dalam persepsi positif dan berkasih sayang dengan Allah S.W.T. Ini akan menyebabkan kita lebih positif dan tenang kerana Allah tahu segalanya dan serahkan kehidupan kita kepada Allah S.W.T dan bukan kepada serakah jiwa. Wallahualam...     

Saturday 22 January 2011

Screen - Kau Bukan Milikku Lagi

Dialek Kelantan..

Perkataan 
 Makna
                           Contoh Ayat
Akit
Angkat
Meja itu itu telah diakit oleh Ali.
Meja itu telah diangkat oleh Ali.
Kutel
Cubit
Aini mengutel pipi Leha ketika makan di kantin sekolah.
Aini mencubit pipi Leha ketika makan di kantin sekolah.
Wobatu
Wobatu
Dolah tersenyum gembira apabila Siti mengajaknya wobatu bersama-sama.
Dolah tersenyum gembira apabila Siti mengajaknya makan bersama-sama.
Nyapo
Mengarut
Samad dimarahi oleh gurunya kerana menyapo di dalam kelas.
Samad dimarahi oleh gurunya kerana mengarut di dalam kelas.
Baroh
Bendang
Pagi-pagi lagi Pak Mat sudah pergi ke baroh.
Pagi-pagi lagi Pak Mat sudah pergi ke bendang
Ipo
Kumpul
Sejak dibangku sekolah lagi Midah mengipo setem.
Sejak dibangku sekolah lagi Midah mengumpul setem.
Jirek
Pijak
Ahmad terjirek paku semasa berjalan ke sekolah.
Ahmad terpijak paku semasa berjalan ke sekolah.
Jelot
Bekas
Ibu Siti menyuruhnya memasukkan garam ke dalam jelot.
Ibu Siti menyuruhnya memasukkan garam ke dalam bekas.
Nganyi
Sindir
Abu menganyi Samad kerana berpakaian selekeh.
Abu menyindir Samad kerana berpakaian selekeh.
Kekoh
Gigit
Mila dikekoh oleh anjing yang mengamuk di depan rumahnya.
Mila digigit oleh anjing yang mengamuk di depan rumahnya.

malique ft najwa - senyum ^__^

Friday 21 January 2011

Perbezaan antara Cinta, Sayang, Minat dan Suka..

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dalam mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang

Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya).


Suka 

Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya telinga kita dah nak pecah…)


Minat 

Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Jumaat yang cerah dan tenang..

Assalamualaikum w.b.t...fuhhh!!!ari jumaat yg amat panas...membuatkan ketiakku sdkt brbau masam..oppps,,terover pulak..sbnrnya ak bru shj selesai mnghntr tugasan di kampus UPSI..pergi dgn pnuh keyakinan moga2 Dato' Rusli ada dlm pjbt beliau e2..Alhamdulillah beliau ada, malah aku diberi sedikit senyuman yg sangat manis...trima kasih Dato'..semoga tuhan yang membalasnya...selain daripada mghntr tugasan, ak juga mempuyai tujuan lain, iaitu..jeng jeng jeng...ak ngn kak nik nk bncg ttg pertukaran masa utk kelas Puisi Melayu...tup tup nk thu Dato' cakap ape.."kita xpayah tukar dulu masa 2..kita buat kelas mcm biasa..nt berlaku mslh.."kami pn sdkt lega sbb xpyh berkejar-kejar pegi tukar kelas 2...tp,satu mslh blm lg selesai..kami trpksa berkejar-kejar dri B.E.L ke PC pada hari Isnin tanpa sedikit ruang..tp xpelah kwn3....kita brsabar yekkk...
urm..slps itu Dato' ade ckp pasal beliau nk buat satu program yang aku anggap sngguh menarik dan tidak prnah disertai oleh kt semua...nk thu x kwn2...oppps xleh bgthu...RAHSIA!!!kalau nk thu tnggu kelas je kelas hari isnin nt...fuhhh!!!!selesai sahaja prbncgn dgn Dato', kami trus blik...sblm smpai umah ak singgah dulu bli nasi kerabu utk mengisi prutku yg kosong sejak semalam lagi..selepas itu, ak pergi ke pejabat untuk buat  bayaran stiker elektrik...Alhamdulillah selesai sudah tugasku pada hari jumaat yang amat cerah dan tenang ini...aku harap hari2 yg mndtg akan turut memberi seribu rahmat spt hari ini...InsyaAllah.

Thursday 20 January 2011

Cerita Lucu: Hadiah Hari Jadi Raja



Pada suatu hari tiga orang pemuda yang tamak, Ali, Abu dan Acu telah dijemput oleh raja menghadiri majlis hari jadi baginda. Lalu ketiga-tiga berasa gembira dan mula memikirkan hadiah apa yang bakal diberikan nanti untuk membodek raja, maklumlah, kalau hadiahnya bagus tentu raja akan memberi balasan yang lebih besar. Akhirnya ketiga-tiga mereka membuat keputusan untuk memberikan raja buah-buahan tempatan. Benda tu kan murah, balasannya nanti mahal, tentu untung besar kita.


Bila tiba harinya, ramailah orang hadir di istana, termasuk wakil dari negara-negara jiran. Semasa waktu penyerahan hadiah, raja pun duduk diatas tahtanya sambil menerima barangan yang diberikan. Kesemua wakil dari negara jiran menyumbang emas, perak dan permata yang mahal2. Pembesar negeri dan orang kenamaan juga berikan hadiah yang tak kalah mahalnya. Bila sampai turn si Ali, dia pun membawa buah rambai didalam dulang sambil ditutup ngan kain. Bila sampai depan baginda, beliau pun membuka kain tersebut, alangkah terperanjatnya baginda. Baginda diam, muka beransur ansur bertukar color kepada merah, mata tak berkelip merenung Ali, mulut teketar-ketar seperti ingin mengeluarkan sesuatu, tiba-tiba, raja bertitah,


"Tangkap orang ini, dan sumbatkan hadiah buah rambai ke dalam bontot dia "


Apa lagi meraung raung lah Ali kena pegang oleh beberapa orang pengawal sambil disumbat rambai kedalam bontotnya.


Sampai turn Abu, kerana dia tak tau apa yang berlaku terhadap Ali, dengan bangganya membawa masuk hadiah buah rambutan. Apa lagi, sama jugak le hukumannya. Si Abu pun meraung-raung kesakitan menjalani hukuman sumbat rambutan kat bontot.


Tapi tiba-tiba, Abu tergelak bagai nak gila, pengawal pun jadi heran, padahal rambutan masih disumbat lagi.


Bila Abu dan Ali dikumpulkan, Ali pun bertanya "Kenapa masa engkau kena sumbat tu, aku dengar engkau ketawa bagai nak rak"


Abu pun berkata "Mana aku tak tergelak sakan, waktu tengah kena sumbat bontot tu, walaupun sakit giler, aku ternampak Acu bawak masuk hadiah buah DURIAN, durian tembaga pulak tu, besor gilerrrrr"

Sejadah...

Aku terjaga dari lenaku lalu mengucap panjang. Rupanya aku mengalami mimpi ngeri. Kulihat jam telah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Mimpi ini sungguh menakutkan. Alam sekelilingku gelap gulita tiada sesiapa disisiku. Aku menjerit memanggil nama ibu, ayah, kakak dan adik tapi malang tiada sahutan. Hanya aku sorang terkapai-kapai di dalam kegelapan. Aku meraba-raba mencari cahaya untuk keluar dari kegelapan itu dan mencari jalan pulang, namun tidak berjaya. Rasa takut menyelubungi hatiku. Hanya yang mampu aku lakukan ialah menangis sendirian. Kemudian aku berusaha melangkah terus tetapi tiba-tiba kakiku tergelincir lalu terjatuh ke dalam sebuah curam yang amat dalam. Aku mejerit lalu terjaga daripada tidurku.

Apakah alamat mimpi ku ini?.
Aku termangu seketika lantas terus bertahmid dan berzikir. Kemudian aku bangun dan terus mengambil wuduk menunaikan solat tahajjud,memohon keampunan kepada Ilahi. Manalah tahu mungkin tanpa sedar ada kesilapan yang telah aku lakukan.

Aku teringat zaman kanak-kanak .Aku dibesarkan di negara yang serba moden. Rakyatnya cuma mementingkan kebendaan kerana bagi mereka duit adalah segala-galanya. Kerana itu semasa di sekolah rendah lagi di hantar ke sekolah Inggeris dengan harapan masa depanku cerah dengan adanya pendidikan Inggeris. Ketika itu anak-anak melayu boleh dikira dengan jari saja. Dan pada setiap pagi pelajar berkumpul serta menyanyi sebelum masuk kelas.

Di rumah ayah mengajar aku mengaji kerana di sini sukar mendapat guru mengaji. Kerana itu aku sekadar mengaji tanpa mengetahui isi kandungannya.

Satu hari datuk ku datang menziarahi kami. Walaupun aku perempuan tetapi perangaiku amat lasak hingga dikira tomboy dan kerana kenakalanku di sekolah, ayah sering dipanggil oleh guruku. Ini menjadikan Datuk berasa risau melihat keadaanku. Dia menasihatkan ayahsupaya tukarkan aku ke sekolah Agama. Ketika itu hanya ada satu sahaja sekolah Agama.

Kerana terpengaruh dengan nasihat datuk, maka ayah menukarkan aku ke sekolah agama. Sebagai tanda protes aku mogok dengan atukku. Di sekolah baru ini terlalu asing buatku kerana semuanya kurasa serba baru. Namun aku cuma memberontak dalam hati sahaja tidak berani hendak meluahkannya.

Aku lebih suka berdiam diri,membatu seribu bahasa dengan tidak mahu bercakap. Ketika itu ada seorang guru yang selalu mendekati aku, memberi nasihat, membimbing memujuk dan memberi tunjuk ajar. Sedikit demi sedikit aku terpujuk oleh rayuan guru tersebut. Akhirnya aku akur kenapa aku ditukarkan ke sini.

Di rumah juga aku menjadi seorang pendiam dan sukar untuk aku berkomunikasi. Malah dengan atuk pun aku malas nak bertegur sapa ketika dia datang menziarahi kami. Aku anggap mereka semua tak sayangi aku lagi.

Tapi atas usaha guru bahasa itu yang lemah lembut memujuk aku, akhirnya aku dapat menerima kenyataan.
Terfikir oleh aku tanpa mereka aku tak akan jadi seperti ini.

Kini aku dikenali sebagai guru Agama yang berdedikasi berjuang menegakkan syiar Islam. Ketika aku di pengajian tinggi atukku meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku tak dapat menatap wajahnya kali terakhir kerana ketika itu aku jauh diperantauan. Hanya doa dan ayat-ayat suci mengiringi pemergiannya daripada cucunya yang nakal. Aku sedar datukku membentuk aku menjadi anak yg solehah. Kalau tidak kerana atuk, entah apa akan tejadi. Aku insaf kini.

Aku mengerjakan solat tahajjud memohon keampuanan di malam nan syahdu ,titisan airmata tanda kekerdilan aku di sisiMu ya Allah. Aku takut dengan seksaMu Ya Allah. Aku tahu di hadapanMu kelak, mulutku terkunci ketika itu hanya tangan kaki menjadi saksi di atas semua perbuatan yang aku lakukan.

Aku sedar diriku lemah dan sering lalai oleh pujukan nafsu dan syaitan. Namun aku yakin Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun kepada hambaNya. Kerana itu aku sentiasa mengharapkan rahmat dariNya. Tanpa mendapat rahmatNya pasti aku tidak akan selamat.

Beberapa bulan yang lepas aku menyambut hari jadiku yang ke-21 tahun. Dan ibu menghadiahkan aku sehelai sejadah yang amat cantik.

" Walaupun sejadah ini harganya murah sahaja namun nilainya amat mahal kerana berkekalan hingga hari akhirat," kata ibuku sambil menghulurkan sebuah bungkusan sempena majlis hari jadiku yang ke-21.

Aku menyambut bungkusan itu lalu membuka pembalutnya. Pada mulanya aku berasa agak kecewa kerana selama ini ibu menghadiahkan aku barang-barang yang mahal. Ketika menyambut hari jadi ke-20 tahun lepas, ibu menghadiahkan aku sebuah kereta. Tetapi kenapa pada hari jadi aku yang ke-21 ini, ibu cuma menghadihakan sehelai sejadah?.

" Walaupun harganya murah tetapi nilainya amat mahal dan berkekalan sehingga hari akhirat," kata ibu bila melihat wajahku muram setelah melihat pemberiannya.

" Ini hadiah dari ayah pula," kata ayahku sambil menghulurkan sebuah bungkusan yang cantik.

Aku menyangka tentulah ayah akan memberikan hadiah yang paling mahal yang belum pernah diberikannya selama ini. Namun setelah bungkusan itu dibuka, sekali lagi aku berasa kecewa kerana ia cuma senaskhah tafsir kitab al-Quran.

" Hadiah ini juga harganya murah tetapi nilainya sebuah syurga," kata ayah.

" Apa makna semua ini?" tanyaku dengan rasa yang amat hairan bercampur tidak puas hati.

" Mak teringat pesan datuk kamu," jawab ibuku." Sebelum dia meninggal dunia, dia berpesan supaya beri kamu sehelai sejadah ketika menyambut hari lahir ke-21."

" Kenapa Atok buat begitu?" tanyaku lagi.

" Sebagai tanda ingatan dan kasih sayang," jawab ayahku.

" Apa maksud ayah?" tanyaku lagi.

" Setiap kali kamu gunakan sejadah ini, atok kamu akan mendapat pahala. Paling baiknya setiap kali lepas solat kamu baca surah al Fatihah dan sedekahkan pahalanya kepada arwah atok kamu," jawab ayah.

Kini fahamlah aku pengertian sejadah hadiah ibu sempena hari jadiku yang ke-21. Dan sejak itu aku sentiasa gunakan sejadah itu setiap kali mengerjakan
solat. Malah setiap kali aku melihat sejadah, aku mesti teringat arwah atok, ibu dan ayahku.

Sejadah oh sejadah…...

Antara Benci & Rindu

Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu. Dalam masa yang sama, kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Namun begitu, tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita. Dia sudah merasakan kesakitan dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain. Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal. Apakah Nur Halifah boleh menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jwapannya...
     Marilah sama-sama kita mencari jawapan bagi soalan ini..Jadi, selamat... 

Wednesday 19 January 2011

Pepatah Petitih

Pepatah petitih adalah sebahagian daripada peribahasa. Antara genre lain selain daripada ini ialah kias, bidalan, perumpamaan dan tamsil. Pepatah dilihat seakan-akan sama dengan bidalan. Sungguhpun demikian, pepatah mempunyai sifat rangkaian kata-kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah, tetapi mengandungi unsur pengajaran. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah seseorang itu sedang membuat perbilangan atau perkataan. Pepatah ini biasanya berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang  atau peraturan masyarakat.

Contoh Pepatah~
1.  Ada batang, adalah cendawan tumbuh. 
     Pepatah ini bermaksud ada rezeki walaupun di mana jua kita berada.
2.  Angguk bukan, geleng ya. 
     Maksud: Lain di mulut, lain dihati. 
3.  Berleher lembut, berlidah fasih. 
     Maksud: Orang yang pandai bercakap.

Tuesday 18 January 2011

bicara permulaan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...ini pertama kali aku menjejakkan jari-jemariku ke alam blog...sudah semestinya banyak kekurangan yang terdapat dalam blog aku ini..Namun begitu,banyak benda yang aku dapat kongsikan bersama sahabat blogging ini...Salam ukhwah aku ucapkan...